Type something and hit enter

author photo
By On
Contoh Soalan dan Jawapan Ujian Psikometrik Pembantu Awam H11 Pulau Pinang. Adakah anda dipanggil untuk ujian psikometrik pembantu awam negeri Pulau pinang nanti ? kalau Ya, Tahniah kami ucapkan kepada anda. Bukan mudah nak layak ke sesi psikometrik ini tau. Jadi, kami kongsikan dengan anda contoh soalan ujian psikometrik pembantu awam pulau pinang ini di bawah. Jom baca sampai habis.

Ujian Psikometrik Pembantu Awam H11 Pulau Pinang


Ujian yang paling terkini setakat hari ini( 3/10/2018) adalah pada 11.10.2018 nanti. Ia berdasarkan tarikh yang telah dikeluarkan oleh pihak SPA. Bagi anda yang belum buat semakan, anda boleh buat demikian melalui pautan di bawah ini.

sila layari laman web ini : Semakan Pembantu Awam Penang

Bidang Tugas Pembantu Awam

Berdasarkan maklumat yang kami peroleh dari SPA, bidang tugas untuk jawatan pembantu awam adalah seperti berikut :

1. Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.

2. Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.

3. Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.

4. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.

Kami harap anda faham tugas-tugas ini. Sekarang kita cuba jawab contoh soalan ujian psikometrik ini pula.

Contoh Soalan 

1. Dalam sebuah acara atau aktiviti, anda biasanya berbual dengan :

A. Ramai orang termasuk orang yang belum dikenali.
B. Segelintir orang yang sudah dikenali sahaja.

2. Di antara perkara yang kurang diterima ialah

A. Hidup tanpa arah tuju
B. Hidup seperti biasa

3. Anda lebih menumpukan pada orang yang

A. Waras fikiran (sensible)
B. Imaginatif

4. Semasa membuat penilaian, anda biasanya terpengaruh oleh

A. Undang-undang berbanding kondisi
B. Kondisi berbanding dengan undang-undang

5. Anda lebih memberi perhatian kepada hal-ehwal yang

A. Memberi keyakinan
B. Memberi perasaan terharu

6. Anda lebih menggemari acara yang dimulakan dengan

A. Masa yang tepat
B. Secara santai

7. Dalam kelompok sosial anda, maklumat yang anda terima biasanya

A. Terima maklumat awal
B. Terima maklumat akhir

8. Fakta yang anda baca, terima dan dengar

A. Fakta yang benar
B. Fakta yang salah

9. Penulis sepatutnya menghasilkan artikel berdasarkan

A. Fakta dan isi yang benar
B. Analogi dan imaginasi rekaan

10. Anda lebih gemar jika dikelaskan sebagai individu yang

A. Sabar
B. Mesra

11. Anda membuat keputusan dengan

A. Moral
B. Logik

12. Apabila bergaul dengan orang ramai

A. Anda memberi salam dahulu
B. Menunggu orang memberi salam

Kami yakin anda akan setuju jika kami katakan yang 12 soalan ini tidak cukup untuk hadapi ujian psikomterik ini nanti. Jadi kami sediakan rujukan tambahan kepada anda yang nak tambah ilmu berkaitan ujian psikometrik ini.

Panduan ini meliputi contoh soalan ujian psikometrik, teknik jawab soalan , perangkap-perangkap ujian psikometrik dan beberapa keperluan calon ujian ini.

Ingat, rujukan ini tak ada diluar sana.

terus sahaja dapatkan di sini : Download Rujukan Ujian Psikometrik.

Anda boleh akses ke rujukan tersebut setelah anda buat pembayaran ya.

Akhir sekali, kami doakan anda berjaya dalam ujian psikometrik pembantu awam bagi negeri pulau pinang ini. Kami tau hangpa boleh buat punyalah. Semoga Berjaya !


Click to comment