Type something and hit enter

author photo
By On
Bidang Tugas Penolong Pegawai Tadbir N29. Salah satu jawatan yang mempunyai ramai calon yang akan memohon adalah jawatan penolong pegawai tadbir yang berpangkat N29. Ramai itu tidak terkira, sehinggakan jawatan N29 ini menjadi salah satu jawatan khas di beberapa negeri selain di peringkat pusat, SPA.

Sebelum ini, kami ada kongsikan contoh soalan exam online N29 dengan anda, kali ini kami mahu kongsikan sedikit latar belakang tugas dan jumlah gaji yang bakal diterima oleh anda jika anda berjaya mendapatkan jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 ini.

Bidang Tugas Penolong Pegawai Tadbir N29 SPA 2018

Bidang Tugas


Seperti sedia maklum, setiap jawatan mempunyai bidang tugas tersendiri. untuk jawatan penolong pegawai tadbir ini, tugasnya adalah :-

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

SYARAT-SYARAT 


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:


  1. warganegara Malaysia
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  4. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
  5. diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).


Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu tadbir (Perkeranian/ Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu tadbir (kewangan), Pemeriksa Cap jari dan pegawai Khidmat Pelanggan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

A) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
lulus Peperiksaan Khas; dan

B) had umur pelantikan:

-berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

-berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

-berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

JUMLAH GAJI PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29


Bagi anda yang tertanya-tanya mengenai gaji, ini kami kongsikan dengan anda jumlah gaji yang bakal anda peroleh untuk jawatan N29

GAJI MINIMUM - RM1,493.00

GAJI MAKSIMUM - RM5,672.00

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN  - RM145.00

Akhir sekali, jika anda layak untuk memohon, apa kata anda cuba pohon jawatan ini. Mana tau ini rezeki anda, betul tak? dari kita target yang besar-besar dan susah nak dapat, lebih baik kita target yang sikit tapi senang nak dapat. apa-apa pun terpulang pada rezeki kita masing-masing.

Kami doakan anda berjaya dalam apa juga temuduga atau peperiksaan untuk jawatan ini dan lain-lain. Semoga berjaya .



Click to comment