Type something and hit enter

author photo
By On
Deskripsi Tugas dan Jumlah Gaji Pegawai Dietetik U41. Tak lama lagi ada sesi temuduga untuk jawatan ' Pegawai Dietetik U41 ' ini akan berlangsung. anda sudah bersedia untuk hadirkan diri ke sesi temuduga itu nanti? kalau ya, tahniah kami ucapkan. kalau belum, anda kena bersedia dari sekarang.

Kami dah kongsikan dengan anda mengenai contoh soalan temuduga pegawai dietetik u41 sebelum ini. jika anda akan hadir temuduga, anda boleh buat ulang kaji di sana.


Deskripsi Tugas dan Jumlah Gaji Pegawai Dietetik U41


Salah satu soalan yang mungkin ditanya adalah deskripsi tugas jawatan tersebut. Bagaimana anda akan adaptasi tugas tersebut ketika berhadapan situasi-situasi sukar.

Soalan sebegini, ramai calon anggap mudah. tetapi ramai yang akan gagal menjawabnya.


DESKRIPSI TUGAS :  



1. Perkhidmatan Dietetik Klinikal

Melaksanakan langkah-langkah dalam nutrition care process seperti nutritional prescription, nutrition monitoring and evaluation bagi setiap pesakit dalam atau pesakit luar yang dirujuk oleh doktor untuk mencapai tahap kesihatan yang optima.

2. Perkhidmatan Dietetik Komuniti

Menyumbang kepada program/aktiviti dalam perkhidmatan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit kepada hospital, klinik-klinik kesihatan, organisasi dan media massa.

3. Penyediaan Perkhidmatan Makanan

Menyelia operasi penyediaan makanan untuk memastikan diet normal, diet teraputik atau tube feeding yang disediakan untuk pesakit adalah betul, mengikut preskripsi dan menepati tahap kualiti perawatan.

4. Latihan

Memberi latihan mengenai penyediaan diet-diet kepada Tukang Masak, Penyelia Asrama dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan.

5. Memberi perkhidmatan pemakanan/diet di hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan.


JUMLAH GAJI PEGAWAI DIETETIK U41.



Sekali tengok memang nampak sedap.
fuhhh.

rugi kalau tak ambil peluang untuk berjaya ni.

berikut merupakan gaji yang bakal anda terima.

Gaji Minimum
→RM2,429.00

Gaji Maksimum
→RM9,656.00

Kadar Kenaikan Gadi Tahunan
→RM225.00

Kami doakan anda berjaya dalam proses temuduga nanti. Usahalah sebaik mungkin, Insyaallah anda pasti akan berjaya. 


Click to comment