Type something and hit enter

author photo
By On
Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA 2018. Sejak dua tiga menjak ini, ramai calon yang dapat panggilan untuk mengambil ujian psikometrik untuk jawatan yang dipohon menerusi portal SPA. Jika anda salah seorang dari mereka, kami ucapkan tahniah kepada anda. Terpilih untuk mengambil ujian ini antara langkah awal untuk anda berjaya dalam sesi temuduga jawatan tersebut.

Sebenarnya bukan semua jawatan memerlukan ujian psikometrik ini. Pastikan anda betul-betul diminta barulah anda terus baca rahsia dan perkongsian kami di dalam artikel ini. Tak lah membuang masa anda kan.

Soalan Ujian Psikometrik SPA 2018


Kami akan kongsikan dengan anda contoh soalan ujian psikometrik sebagai sokongan kepada anda sebelum mengambil ujian yang sebenar. ramai calon kalut bila berhadapan dengan ujian macam ini. jangan risau, kami kongsikan petua nya nanti.


KEGAGALAN CALON DI PERINGKAT UJIAN PSIKOMETRIK 


Cerita bab kegagalan calon ini bukanlah perkara baru. Setiap kali ada sesi panggilan temuduga akan ada calon yang tersingkir di setiap peringkat tapisan. Anda juga perlu tahu, ujian psikometrik juga merupakan peringkat untuk menapis calon-calon yang memohon. Dari sini yang terbaik dari kalangan terbaik sahaja yang akan ke peringkat seterusnya.

Nampakkan betapa pentingnya ujian psikometrik ini.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA 


Kami kongsikan dengan anda soalan-soalan ujian psikometrik sebagai panduan kepada anda untuk menjawab dalam ujian sebenar nanti.

1. Dalam sebuah acara atau aktiviti, anda biasanya berbual dengan :

A. Ramai orang termasuk orang yang belum dikenali.
B. Segelintir orang yang sudah dikenali sahaja.

2. Di antara perkara yang kurang diterima ialah

A. Hidup tanpa arah tuju
B. Hidup seperti biasa

3. Anda lebih menumpukan pada orang yang

A. Waras fikiran (sensible)
B. Imaginatif


4. Semasa membuat penilaian, anda biasanya terpengaruh oleh

A. Undang-undang berbanding kondisi
B. Kondisi berbanding dengan undang-undang

5. Anda lebih memberi perhatian kepada hal-ehwal yang

A. Memberi keyakinan
B. Memberi perasaan terharu

6. Anda lebih menggemari acara yang dimulakan dengan

A. Masa yang tepat
B. Secara santai

7. Dalam kelompok sosial anda, maklumat yang anda terima biasanya

A. Terima maklumat awal
B. Terima maklumat akhir

8. Fakta yang anda baca, terima dan dengar

A. Fakta yang benar
B. Fakta yang salah

9. Penulis sepatutnya menghasilkan artikel berdasarkan

A. Fakta dan isi yang benar
B. Analogi dan imaginasi rekaan

10. Anda lebih gemar jika dikelaskan sebagai individu yang

A. Sabar
B. Mesra

11. Anda membuat keputusan dengan

A. Moral
B. Logik

12. Apabila bergaul dengan orang ramai

A. Anda memberi salam dahulu
B. Menunggu orang memberi salam


JIKA ANDA MAHU LULUS UJIAN PSIKOMETRIK, ANDA PERLU DAPATKAN CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK INI


Calon yang berminat nak dapatkan rujukan dan contoh soalan ujian psikometrik, anda boleh dapatkan rujukan tersebut melalui pautan di bawah ini. Pastikan anda buat tempahan terlebih dahulu.

cara buat tempahan adalah klik pada pautan di bawah ini .

Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA 2018



Isi Kandungan rujukan ini


  • Tip jawab soalan
  • Contoh soalan
  • Cara jawab soalan supaya tak tersasar
  • Perangkap-perangkap PSIKOMETRIK
  • Apa yang bakal menggagalkan PSIKOMETRIK anda

Lepas ni anda dah tak kalut dah kan. sebab ilmu sudah penuh didada .hehe

Rujukan ini bersifat umum dan boleh diguna pakai kepada calon yang memohon kerja untuk jawatan kerajaan yang memerlukan anda menjawab soalan psikometrik.

Calon yang mendapat panggilan ujian psikometrik, rujukan ini khas untuk anda, pastikan anda tempat rujukan ini sekarang melalui pautan di atas.

Click to comment