Type something and hit enter

author photo
By On
Assalamualaikum korang, sihat ker ? dengar cerita dah kena panggil untuk temuduga ya. tahniah tau. bukan mudah nak kena panggil kan. baik kali ni aku nak cerita pasal masalah gemuruh ketika temuduga. aku tau korang ada masalah ni dan aku nak tolong bagi kaedah untuk korang atasi masalah korang ni.
Gemuruh Ketika Temuduga : Ikut Cara ini untuk atasi masalah tersebut


Faktor Gemuruh Ketika Temuduga 


Bila bercakap pasal gemuruh.
ni bukan lagu faizal tahir tau. haha

faktor utama yang menyebabkan kita gemuruh adalah kita terlalu fikirkan sesuatu diluar jangkaan kita.

" eh apa soalan temuduga nak tanya ni ? "

" aku pakai tudung warna ni okay ke tidak ? "

" aku tak study apa-apa ni, nak jawab macam mana ? "

dan pelbagai persoalan yang berlegar di minda korang.

aku pernah di temuduga, benda sama yang aku fikirkan macam korang.
hahaha

yang kedua adalah tak cukup persedian.

GILA! masuk dewan peperiksaan tanpa baca apa-apa sebelum itu.

itu gambaran bagi korang yang nak pergi temuduga.

tak tahu bidang tugas jawatan yang korang nak minta.
tak tahu pasal isu semasa.
tak tahu itu
tak tahu ini.

ingat ya, jawatan yang korang mohon tu, bukan milik keluarga korang.
jadi, nak tak nak , kena juga study sikit.

nak goreng boleh ke ?

boleh, tapi nak goreng pun kena ada minyak. kena ada ikan atau ayam. kena ada api.
kalau tak ada semua ni, jadi ke istillah goreng tu ?

hahaha fikirkan lah yer.

aku baru bagi dua faktor tu, hahaha korang nak lagi ke ?
nanti tak sempat pula nak kongsi cara atasi masalah korang tu kan.

Cara Atasi masalah Gemuruh 


bila ada masalah, cari jalan nak atasi bukan tinggalkan terus ya.

solusi untuk masalah pertama iaitu masalah terlalu banyak fikir benda yang belum jadi.
nak atasi masalah ini mudah jer, korang cuma perlu rilekskan minda korang. tenangkan fikiran korang. tarik nafas panjang-panjang dan tengok apa hasilnya.

tak jadi juga, korang fikirkan benda yang positif sahaja. sebagai contoh

" Penemuduga ni baik jer, dia tak marah-marah punya lah "

" dia tanya soalan yang aku tau jer ni "

" aku nak jawatan ni, biarlah dia nak gelakkan aku ke apa ke, yang penting dia kena bagi jawatan ini dekat aku "
Gemuruh Ketika Temuduga : Ikut Cara ini untuk atasi masalah tersebut


boleh tak macam ? aku yakin korang mesti boleh buat. cuba praktis banyak kali dan korang akan dapat hasilnya.

masalah kedua adalah tak buat persediaan.

bila tak buat persedian, nak jawab apa bila ditanya ketika temuduga ?
betul tak ?

sekarang ni, korang duduk rileks ,sambil tu korang google jawatan yang korang dapat untuk temuduga tu. baca dan faham kan tugasan yang ditawarkan.

jangan nak goreng sangat tau, sebab penemuduga tu pandai dari korang. hahaha

kalau tak tau ,cakap tak tau.
jangan sesekali tak baca langsung mngenai jawatan yang korang mohon tu ya.

bayangkan kau penemuduga,
orang datang nak temuduga tak tau pun apa tugas dia bila di berikan jawatan tu.

agak-agak korang nak bagi ke jawatan tu dekat dia ?
TAK , korang mesti tak mau tanggung risiko bila ambil pekerja macam ni kan.

jadi jangan buat dekat orang macam ni ya.

mudah jer nak study ni. baca dan fahamkan.
selesai masalah korang .

weh, aku tak tau macam mana temuduga ni ?
kalau tak tau, dapatkan panduan ni.
nanti korang akan dapat maklumat bagaimana temuduga berlangsung dan apa yang korang kena sediakan ya.

aku doakan korang berjaya dalam temuduga korang.
atasi masalah gemuruh tu secepat mungkin.
jangan jadikan benda tu sebagai penghalang untuk korang berjaya.
selamat berjaya !

Click to comment