Type something and hit enter

author photo
By On
Assalamualaikum, kali ini kita sembang pula mengenai pakaian untuk ke temuduga. macam kita semua dah tahu, nak pergi ke temuduga perlulah berpakaian kemas dan sejuk mata memandang.

sejuk tu, bukan macam duduk dalam peti ais ataupun dalam tempat ice di ICT yang dekat selangor tu. bukan yer...

sejuk dalam erti kata sedap mata memandang. haa gitulah.

tapi persoalannya sekarang nak pakai apa pergi ke temuduga?

Etika Pakaian Ketika Temuduga


Kita pisahkan kepada dua, satu etika pemakaian untuk lelaki dan kemudian kita sembang pula mengenai pakaian untuk temuduga bagi perempuan.

Lelaki

Seperti biasa, anda kena berpakaian formal. Baju kemeja, tali leher, seluar slack , tali pinggang, kasut kulit dan berstokin. pastikan korang lengkap berpakaian macam ini. kalau tidak anda mungkin ada masalah semasa temuduga nanti.

tak semestinya semua kena baru, kalau ada masalah kewangan, cukuplah sekadar benda ini ada dan kelihatan elok dan kemas.

nak kacak, pakai macam mamat bawah ni .

Etika Pakaian Ketika Temuduga


Perempuan

Untuk perempuan pula, pakaian korang kena kemas, cantik dan TAK SEKSI . kalau selesa, lebih baik pakai baju kurung sahaja. masa aku pergi temuduga , semua pakai baju kurung ja. tak kira dia melayu atau bukan melayu.

Boleh guna rujukan seperti dalam gambar di bawah

Etika Pakaian Ketika Temuduga
Etika Pakaian Ketika Temuduga

**gambar sumber google .

cadangan aku untuk pakaian lelaki dan perempuan ke temuduga ini lebih baik semak sama ada dimaklumkan dalam email untuk ke temuduga atau tidak. aku risau ada pakaian khusus untuk temuduga tersebut. kalau tak ada, boleh guna panduan yang aku kongsikan.

untuk lelaki aku rasa tak ada masalah kan. hehehe

Semoga korang dapat menjawab soalan temuduga dengan baik dan power.

kalau masih takut-takut ke, korang boleh dapatkan maklumat mengenai rahsia lulus temuduga melalui pautan di bawah.

dapatkan di sini - rahsia lulus temuduga .

panduan ini sebagai pemberi semangat untuk korang yang tengah gabra gila tu. hahaha ada beberapa tips yang turut di kongsikan dalam panduan tersebut. kalau korang tak mau gagal, buat persedian seawal dan sebaik mungkin.

mana tau rezeki korang kali inikan. boleh lah belanja mak ayah dan adik beradik lain lepas dah lulus kan. semoga berjaya tau ! hehe


Click to comment